GAMBAR di Instagram menunjukkan remaja itu memakai uniform juruterbang Cathay Pacific.
GAMBAR di Instagram menunjukkan remaja itu memakai uniform juruterbang Cathay Pacific.
Agensi

Hong Kong: Seorang remaja ditangkap pihak berkuasa selepas dia menyamar sebagai juruterbang ketika menaiki sebuah penerbangan tambang murah.

Remaja itu yang memakai uniform juruterbang Cathay Pacific dilaporkan menaiki penerbangan Dragonair dari Hong Kong ke Pulau Pinang, Malaysia pada 31 Mac lalu.

Lelaki berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun itu yang turut membawa pas tertera logo Cathay Pacific mendakwa dia tidak bertugas ketika itu.

Senario itu hampir sama dengan filem Catch Me If You Can yang melihat pelakon Leonardo Di Caprio melakonkan watak penipu yang menyamar sebagai juruterbang dan masuk ke dalam kokpit.

Remaja berkenaan mendakwa dia baru tiba di Hong Kong selepas mengendalikan penerbangan dari San Francisco, Amerika Syarikat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 9:33 AM