FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

TAIPEI: Pesawat Cathay Dragon yang sepatutnya berlepas ke Hong Kong terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Kaohsiung untuk melakukan pendaratan cemas, hari ini.

AFP melaporkan, penerbangan KA451 itu mengalami masalah teknikal tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Kaohsiung.

Syarikat induk Cathay Dragon, Cathay Pacific dalam kenyataanya berkata, pesawat itu mendarat dengan selamat di Kaohsiung yang terletak di selatan Taiwan.

Jurucakap Pentadbiran Aeronautika Awam Taiwan memberitahu AFP kecemasan itu disebabkan salah satu enjin pesawat mengalami masalah dan bukannya disebabkan terlanggar burung seperti dilaporkan media tempatan.

Kata jurucakap itu lagi, kes terbabit masih dalam siasatan.

Akhbar Apple Daily melaporkan enjin kanan pesawat itu mengeluarkan asap ketika berlepas dan penduduk setempat mendakwa terdengar bunyi letupan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 12:21 PM