CANON PowerShot G3 X.
CANON PowerShot G3 X.
Oleh Afiq Hanif

Bagi memudahkan individu yang gemar melancong dan mahu merakam imej tertentu dari jauh dengan kekuatan lensa yang terperinci, Canon menghasilkan PowerShot G3 X untuk merealisasikan impian terbabit dengan mudah.

Kamera terbaru itu mempunyai pengesan imej 1.0 inci CMOS sekali gus menghasilkan imej super pada persekitaran kurang cahaya dengan lensa zum optikal 25 kali pada 25-600mm.

Tidak dilupakan, sistem Penstabil Imej Dinamik (IS) yang mana memajukan rakaman video apabila menstabilkan imej bergerak.

INFO

CANON POWERSHOT G3 X

- Harga: RM3,299

- Dimensi: 123.3 x 76.5 x 105.3mm

- Berat:733g

- Lensa: 25x zum optikal IS

- Jarak fokal: 24-600mm

- Apertur: f/2.8-f/5.6

- Sensor imej: 20.2MP 1.0 CMOS

- Pemprosesan imej: DIGIC 6

- Kualiti video maksimum: HD penuh

- LCD: 3.2”

- Sambungan: Wifi, NFC

- Bateri: NB-10L

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 10:24 AM