(Dari kiri) Osman, Fahmy bersama Kevin dan Md Adi (kanan sekali) pada sidang media selepas mesyuarat di Wisma FAM hari ini.
(Dari kiri) Osman, Fahmy bersama Kevin dan Md Adi (kanan sekali) pada sidang media selepas mesyuarat di Wisma FAM hari ini.
Aziman Rosdi


Petaling Jaya: Sebanyak 50,000 keping tiket akan dijual kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (Johor DT) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA pada 14 Mei di Stadium Shah Alam selepas PKNS FC bersetuju untuk menyerahkan 20,000 tiket yang diperuntukkan kepada mereka.

Mengikut agihan, setiap pasukan akan menerima 30,000 tiket manakala 10,000 tiket dijual menerusi dalam talian namun PKNS FC dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA sebentar tadi bersetuju untuk hanya menerima 10,000 tiket manakala selebihnya diserahkan kepada Johor DT.

Tiket untuk penyokong Johor DT akan dijual di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin manakala PKNS FC akan menjual tiket di kaunter tiket Stadium Shah Alam pada 9 Mei serentak dengan jualan tiket dalam talian.

Kesemua tiket berharga RM50 dengan tiada tiket untuk kanak-kanak dijual kali ini.

Hadir pada mesyuarat, Datuk Osman Salleh, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Kapten Mohd Fahmy Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam dan Setiausaha PKNS FC, Md Adi Harmizi Ariffin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 8:47 PM