RANIERI percaya kelabnya mampu juarai liga.
RANIERI percaya kelabnya mampu juarai liga.
AFP

Leicester, England: Claudio Ranieri mendakwa kejayaan Leicester seri 2-2 dengan West Ham mengukuhkan keyakinan pemainnya untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Ranieri itu hampir mengalami kekalahan di Stadium King Power kelmarin apabila gol lewat Andy Carroll dan Aaron Cresswell meletakkan West Ham di depan selepas penyerang Leicester Jamie Vardy dibuang padang kerana sengaja menjatuhkan badan.

Situasi itu pasti membuatkan pasukan yang lemah semangat berputus asa namun Foxes enggan menyerah kalah dan berjaya mendapatkan penalti pada saat akhir apabila pengadil Jon Moss menghukum Carroll kerana menjatuhkan Jeffrey Schlupp.

Leonardo Ulloa bangkit untuk meledak penalti bagi membolehkan Leicester mendahului lapan mata mengatasi Tottenham di tangga kedua.

Biarpun Tottenham mungkin merapatkan jurang kepada lima mata menerusi kemenangan ke atas Stoke awal pagi tadi dan Vardy akan digantung untuk perlawanan berikutnya menentang Swansea, Ranieri enggan memikirkan perkara negatif dan memuji semangat pemainnya yang enggan menyerah kalah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2016 @ 5:58 AM