RAZALI dan Nor Hashim menunjukkan kesan laluan gajah liar.
RAZALI dan Nor Hashim menunjukkan kesan laluan gajah liar.
Amir Hamzah Nordin


Jerantut: “Kami menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila tanaman jagung dan pisang dimusnahkan gajah selain pokok kelapa sawit turut menjadi sasaran.

“Jika keadaan ini berterusan kami takut untuk ke kebun dan berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera,” kata peneroka FELDA Kota Gelanggi 3, di sini, Razali Long, 68.

Pencerobohan haiwan liar itu menyebabkan kelapa sawit dimusnahkan termasuk 500 batang pokok pisang dan jagung yang dijadikan sebagai tanaman komersial di ladang peneroka rosak.

Selain berdepan risiko diserang, tiga ekor gajah berkenaan yang berkeliaran di ladang pada sebelah pagi turut mengganggu rutin harian peneroka.

Seramai 200 peneroka FELDA berkenaan meminta pihak berwajib segera menangkap dan memindahkan gajah berkenaan demi keselamatan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 7:21 AM