DR Zakir Naik ketika memberi ceramah di Imtiaz Besut. FOTO Rozainah Zakaria
DR Zakir Naik ketika memberi ceramah di Imtiaz Besut. FOTO Rozainah Zakaria
Siraj Mohd Zaini


Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyokong keputusan Kerajaan Persekutuan yang membenarkan penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik meneruskan ceramahnya di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, pihaknya percaya bahawa ceramah yang akan disampaikan Dr Zakir di Melaka pada 17 April ini bersifat akademik untuk memberi penerangan kepada masyarakat.

Menurutnya, MAIS sentiasa menyokong pelaksanaan program sedemikian selagi mana tidak menyalahi kehendak syariat dan peraturan yang ditetapkan.

"Semua pihak digesa agar dapat mengekalkan keharmonian beragama ini dan menjaga sensitiviti penganut berbilang agama serta mematuhi kehendak undang-undang oleh pihak berkuasa.

"MAIS sentiasa mendukung dan memartabatkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pihak yang mencabar kedudukan islam di negara ini khususnya di Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita berkaitan:

Dr Zakir bersedia

Syarahan Dr Zakir di UTeM bertajuk baru

Boleh teruskan ceramah, tetapi tukar tajuk

Pastikan tajuk tak undang kegusaran

Dr Zakir boleh teruskan ceramah

Jemput bukan Islam hadir bertanya sendiri

Minta polis benarkan ceramah

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 5:05 PM