Seorang penduduk menunjukkan ikan lampam yang terperangkap dalam jala (foto BERNAMA) dan gambar kiri, penduduk wanita menyiang ikan untuk dimasak atau dibakar (Foto ROZAINAH ZAKARIA)
Seorang penduduk menunjukkan ikan lampam yang terperangkap dalam jala (foto BERNAMA) dan gambar kiri, penduduk wanita menyiang ikan untuk dimasak atau dibakar (Foto ROZAINAH ZAKARIA)
Antara penduduk mengharungi sungai untuk memulakan menghambat ikan. - ROZAINAH ZAKARIA
Antara penduduk mengharungi sungai untuk memulakan menghambat ikan. - ROZAINAH ZAKARIA
ADUN Ajil , Ghazali Taib (kiri)  mengutip ikan yang masuk ke dalam perangkap bersama penduduk ketika  pesta mengerau ikan di sungai Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu. - FotoROZAINAH ZAKARIA
ADUN Ajil , Ghazali Taib (kiri) mengutip ikan yang masuk ke dalam perangkap bersama penduduk ketika pesta mengerau ikan di sungai Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu. - FotoROZAINAH ZAKARIA
BERNAMA

Hulu Terengganu: Musim kemarau dan cuaca panas sememangnya di tunggu-tunggu penduduk di daerah ini, khususnya Kampung Pengkalan Ajal di sini, untuk diadakan pesta mengerau atau menangkap ikan.

Aktiviti yang lebih dikenali penduduk sebagai pesta 'ngambat' ikan itu menjadi tradisi turun-temurun sejak 100 tahun lalu dan kini dihidupkan kembali berikutan air sungai yang cetek akibat cuaca panas.

Seawal 8 pagi, penduduk berkumpul memasang pukat merentangi sungai untuk dijadikan kawasan kepungan dan buluh digunakan menghalau ikan masuk ke dalam kawasan kepungan itu.

Siap perangkap dipasang, lebih 30 penduduk menghalau ikan menggunakan buluh yang dipukul ke air sejauh dua kilometer dari Lubok Jelor ke Pengkalan Pasir Simpul.

Apabila ikan masuk ke dalam perangkap, sekumpulan lagi penduduk, termasuk kanak-kanak menangkap ikan beramai-ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pengkalan Ajal, Nordin Embong berkata aktiviti tersebut menjadi kegilaan penduduk di

daerah berkenaan apabila hasil yang diperoleh biasanya mencecah 500 hingga 1,000 ikan air tawar.

"Biasanya, ikan yang kita dapat ialah sebarau, lampam dan kelah...ikut keadaan cuaca. Kalau hari panas dan lagi lama tak hujan, lagi banyaklah dapat ikan kerana air jernih. Paling banyak kami pernah dapat, hampir 3,000 ekor,” katanya selepas Program Mengerau Ikan Perdana anjuran JKKK Pengkalan Ajal bersama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 9:32 PM