Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin (dua dari kanan) dan panglima tentera,  Jeneral Hernando Iriberri (kanan) melawat seorang askar yang cedera di hospital tentera di Zamboanga, semalam.
Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin (dua dari kanan) dan panglima tentera, Jeneral Hernando Iriberri (kanan) melawat seorang askar yang cedera di hospital tentera di Zamboanga, semalam.
Agensi

Manila: Serangan yang dilancarkan tentera Filipina terhadap kumpulan Abu Sayyaf berikutan beberapa kejadian penculikan menyebabkan 18 askar dan lima anggota kumpulan pengganas itu terbunuh.

Ia dianggap sebagai keganasan terburuk di selatan negara itu tahun ini.

Pertempuran di Pulau Basilan kelmarin berlaku selepas tarikh yang ditetapkan Abu Sayyaf untuk pembayaran wang tebusan bagi beberapa warga asing yang diculiknya berakhir pada 8 April.

Jurucakap tentera Mejar Filemon Tan berkata, sekurang-kurangnya empat askar dipenggal dalam pertempuran yang membabitkan kira-kira 150 pengganas Abu Sayyaf.

“Ini sebahagian operasi ketenteraan yang dilancarkan terhadap Abu Sayyaf selepas beberapa siri penculikan warga asing,” kata Tan kepada wartawan.

Seorang lagi jurucakap berkata, anggota tentera itu dalam perjalanan untuk menyerang tempat persembunyian kumpulan itu apabila mereka diserang.

“Anggota kami dalam perjalanan menyerang Abu Sayyaf. Malangnya, mereka diserang hendap.

“Pengganas itu berada di kawasan tinggi. Kerana itu, di mana sahaja askar kami cuba berlindung, mereka masih menjadi sasaran tembakan,” kata jurucakap unit yang terbabit dalam pertempuran itu, Kolonel Benedict Manquiquis.

Menurut Tan, 53 askar dan kira-kira 20 anggota Abu Sayyaf cedera dalam pertempuran itu.

Pertempuran berlaku selepas seorang paderi Itali dibebaskan Abu Sayyaf Jumaat lalu.

Bulan lalu, kumpulan itu memuat naik satu video di laman Facebook mereka, mengancam membunuh seorang warga Norway dan dua Kanada sekiranya tidak menerima wang tebusan.

Jumlah wang itu tidak dinyatakan, tetapi dalam video awal, mereka menuntut sebanyak 1 bilion peso (RM85 juta) untuk setiap seorang tebusan berkenaan.

Lapan belas warga asing dipercayai menjadi mangsa penculikan di Filipina ketika ini, kebanyakan mereka oleh Abu Sayyaf.

Mereka termasuk 10 warga Indonesia dan beberapa rakyat Malaysia. - Agensi

Tan mengatakan korban yang jatuh dari pihak kelompok Abu Sayyaf adalah teroris asal Maroko, Mohammad Khatfab, dan anak dari pimpinan senior Abu Sayyaf Isnilon Hapilon, yaitu Ubaida Hapilon.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 10:34 AM