Meskipun usia kian senja, penyanyi ini belum meninggalkan tabiat buruknya. Kalau dahaga, dia akan menogok arak macam minum air mineral. Baik di rumah atau ketika bekerja, arak setia di sisi.

Berikutan tabiat itu, dia sering berdepan masalah, malah mutu nyanyiannya juga 'ke laut'. Pernah persembahannya dikritik kerana menyanyi macam orang lalok.

Seorang rakan pernah mendapatkan 'show' untuk penyanyi ini. Yelah, niatnya mahu membantu penyanyi ini tapi tak sangka pula terpaksa berdepan macam-macam kerenah penyanyi ini.

Bersungguh-sunguh dia mendapatkan 'show' di utara tanah air, tiba-tiba penyanyi ini buat hal. Belum pun habis persembahan, penyanyi ini menggelupur mahu balik.

Kononnya mahu menonton persembahan rakannya di satu kelab yang akan berlangsung dalam masa dua tiga jam lagi.

Biar betul, paling tidak pun perjalanan mengambil masa lima jam. Lainlah kalau mereka naik kapal terbang, tak sampai sejam boleh sampai.

Lagipun persembahan belum selesai, mahu dia tak naik hantu apabila penyanyi ini tetap berkeras mahu pulang. Pasal bayaran tahu pula berkira. Belum apa-apa lagi sudah minta duit.

Itu belum campur lagi bab terpaksa bersabar dengan tabiat minum penyanyi ini. Tak kira masa, tak kira tempat, sesuka hati menogok arak.

Memang bikin hatinya panas sepanjang mengendalikan persembahan penyanyi itu. Ada satu lagi kejadian ketika dalam perjalanan ke negeri di pantai timur untuk menjayakan persembahan, penyanyi ini minta mereka berpatah balik kerana baru teringat tertinggal kunci. Sha yang mendengar hanya geleng kepala.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:03 AM