NAJIB mencuba alat senaman ketika lawatan ke pusat sukan sempena Majlis Pelancaran iM4U Sentral di Taman Perindustrian Puchong. FOTO Yazit Razali
NAJIB mencuba alat senaman ketika lawatan ke pusat sukan sempena Majlis Pelancaran iM4U Sentral di Taman Perindustrian Puchong. FOTO Yazit Razali
Siti Fatimah Hassan

Puchong: iM4U diminta memberikan Anugerah Sukarelawan Malaysia sebagai pengiktirafan besar terhadap sumbangan sukarelawan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata anugerah itu boleh diberi menerusi tiga kategori iaitu emas, perak dan gangsa.

Katanya, institusi pengajian tinggi (IPT) dan sektor pekerjaan kemudian perlu mengiktiraf penerima anugerah terbabit untuk diberi keutamaan mendapat peluang pendidikan dan pekerjaan.

"Saya harap anugerah ini memberi nilai tambah kepada khidmat sukarela. IPT serta sektor pekerjaan diminta mengambil kira aspek itu kerana selain akademik dan soal pekerjaan, kita juga mahu kualiti kepimpinan diberi penekanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan iM4U Sentral, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2016 @ 12:47 PM