WAKIL iM4U sedia membantu di kaunter daftar InternsConnec yang diadakan baru-baru ini di Bukit Jalil.
WAKIL iM4U sedia membantu di kaunter daftar InternsConnec yang diadakan baru-baru ini di Bukit Jalil.
WAKIL iM4U sedia membantu di kaunter daftar InternsConnec yang diadakan baru-baru ini di Bukit Jalil.
WAKIL iM4U sedia membantu di kaunter daftar InternsConnec yang diadakan baru-baru ini di Bukit Jalil.

Sekarang ini pelajar tahun akhir di universiti dan kolej pastinya sedang sibuk berusaha mendapatkan tempat untuk melaksanakan latihan industri yang menjadi kewajipan dalam menamatkan pelajaran.

Bersamaan dengan musim pencarian latihan industri sepanjang bulan ini oleh pelbagai institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara, komuniti sukarelawan belia utama negara iM4U berganding bahu dengan syarikat pemasaran pekerjaan JobStreet.com untuk membawakan acara suai kenal baru antara siswa dan majikan yang dinamakan InternsConnect.

Matlamat program adalah untuk menghubungkan pelajar tahun akhir dari pelbagai IPT dengan bakal majikan melalui pelbagai aktiviti di lapangan dan dalam talian.

Aktiviti pertama bagi program InternsConnect ini dikenali sebagai 'Pitch My Talent', berlangsung di Asia Pacific University (APU) di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Seramai 200 pelajar Teknologi Maklumat (IT) dari pelbagai IPT dan 16 syarikat terkemuka di Malaysia mengambil bahagian.

Acara julung kali yang dicipta khas untuk golongan pelajar tahun akhir dengan berkonsepkan 'temu duga pantas' adalah berlainan dengan ekspo kerjaya lain.

Setiap calon pelatih yang menyertai aktiviti hari ini diberi peluang untuk suai kenal bersama bakal majikan secara profesional dengan harapan mendapatkan program amali yang bersesuaian dengan bidang mereka.

Bertemakan konsep 'temu duga pantas' ini, calon pelatih diberi masa tiga minit untuk menarik perhatian majikan dengan maklumat ringkas tentang latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, ciri istimewa atau sebarang kerja sukarelawan yang pernah dilakukan oleh calon pelatih berkenaan.

Sesetengah calon juga menyertakan bakat terpendam mereka seperti menyanyi, menjadi pengacara, koleksi hasil seni dan bakat kreatif lain untuk meningkatkan keyakinan dalam sesi temu duga itu.

Bakal majikan diberi dua minit untuk menyoal calon pelatih. Selepas aktiviti berakhir, syarikat ini akan memproses aplikasi calon pelatih dan menyenaraikan calon terpilih untuk dipanggil ke sesi temu duga yang kedua.

Pengarah Bahagian Pengurusan Penjenamaan iM4U Efny Johan berkata, iM4U berbangga dapat menyokong program berkenaan.

"Inisiatif sedemikian sebahagian daripada tunggak teras iM4U untuk menggalakkan pembangunan belia dalam masyarakat.

"Kami berbesar hati menyediakan saluran bagi pelajar memulakan program latihan amali yang sesuai dengan bidang masing-masing," katanya.

Ketua Komunikasi Serantau JobStreet.com Simon Si berkata, organisasi itu gembira dengan pembabitan iM4U dalam program ini.

"Ia bertujuan menyelaraskan usaha calon latihan amali dalam mencari organisasi yang sesuai dalam bidang masing-masing

"InternsConnect bakal dijadikan program tahunan yang dikendalikan dengan kerjasama iM4U dan JobStreet.com Malaysia. Aktiviti yang seterusnya daripada program ini ialah aktiviti online seluruh negara, 'Internship eCareer Fair', yang dijangka akan berlangsung pada pertengahan tahun ini," katanya

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan program 'InternsConnect', siswa boleh layari www.jobstreet.com/my/internsconnect.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:02 AM