Kedudukan Malaysia dalam ranking terbaru FIFA. Grafik FIFA
Kedudukan Malaysia dalam ranking terbaru FIFA. Grafik FIFA
Oleh Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Ranking Malaysia merosot ke kedudukan terburuk dalam sejarah apabila kini menduduki tangga ke-174 dunia.

Menerusi ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi, Malaysia jatuh lapan anak tangga berbanding 166 sebelum ini.

Kedudukan terburuk skuad kebangsaan sebelum ini dicatat pada awal tahun ini apabila menghuni tangga ke-171 dunia.

Tangga teratas ranking dunia kini menjadi milik Argentina yang memintas Belgium diikuti Chile, Colombia dan juara dunia Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 6:03 PM