PELAJAR Tahfiz Al- Falah mengaminkan bacaan doa selepas selesai solat hajat bagi memohon hujan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
PELAJAR Tahfiz Al- Falah mengaminkan bacaan doa selepas selesai solat hajat bagi memohon hujan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
TENAGA Pengajar Tahfiz Al-Falah, Anuar Azhar mengimamkan solat hajat memohon hujan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
TENAGA Pengajar Tahfiz Al-Falah, Anuar Azhar mengimamkan solat hajat memohon hujan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Khairul Najib Asarullah Khan

Seremban: Seramai 70 kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) bersama 40 pelajar tahfiz mengadakan solat hajat bagi memohon hujan di Empangan Sungai Terip, Jalan Pantai, di sini, pagi tadi.

Mereka bersama pelajar Madrasah Tahfiz Al-Falah, Rantau, menunaikan solat sunat Istisqa berdekatan kawasan empangan bermula 10.30 pagi tadi.

Pengarah SAINS Wan Rasdi Wan Ismail berkata, solat hajat ini diadakan bagi memohon hujan di negeri ini berikutan fenomena El Nino dan musim kemarau.

"Tujuh empangan di negeri ini masih dalam paras baik dan mampu bertahan hingga Jun.

"Namun paras Empangan Gemencheh di bawah paras kritikal iaitu 94 meter.

"Bagi mengatasinya kami mengepam air dari Sungai Jelai ke Empangan Gemencheh bagi mengatasi masalah ini," katanya selepas solat hajat di Empangan Sungai Terip, di sini.

Hadir sama, Pengurus Besar SAINS Zulkifli Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 1:43 PM