Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) adalah maktab perguruan pertama di Malaysia yang dibuka pada tahun 1913 di Taiping, Perak.

Nama asalnya ialah Maktab Perguruan Matang menggunakan rumah pembesar Ngah Ibrahim sebagai lokasi sebelum dipindahkan ke Tanjung Malim.

SITC di Tanjung Malim dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Setiausaha Negara Sir George Maxwell pada 29 November 1922.

Ia ditubuhkan bagi melatih guru untuk mengajar di sekolah Melayu manakala kurikulum diajar berkaitan pertanian asas dan pekerjaan tangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 5:00 AM