DULU: Bangunan Suluh Budiman yang dirakam sekitar tahun 1920-an.
DULU: Bangunan Suluh Budiman yang dirakam sekitar tahun 1920-an.
KINI: Bangunan ini kini masih utuh dan dijadikan Muzium Pendidikan Nasional sejak 2010.
KINI: Bangunan ini kini masih utuh dan dijadikan Muzium Pendidikan Nasional sejak 2010.
DULU: Bangunan Bendahara Seri Maharaja atau Tadahan Utara dulunya menjadi asrama pelajar.
DULU: Bangunan Bendahara Seri Maharaja atau Tadahan Utara dulunya menjadi asrama pelajar.
KINI: Bangunan Bendahara Seri Maharaja atau Tadahan Utara.
KINI: Bangunan Bendahara Seri Maharaja atau Tadahan Utara.
DULU: Loceng Agung berfungsi sebagai menandakan waktu rehat.
DULU: Loceng Agung berfungsi sebagai menandakan waktu rehat.
KINI: Loceng Agung masih elok dan dipamerkan untuk tatapan dan kenangan.
KINI: Loceng Agung masih elok dan dipamerkan untuk tatapan dan kenangan.
DULU: OT Dussek pengetua pertama SITC.
DULU: OT Dussek pengetua pertama SITC.
KINI: UPSI kini diterajui Prof Datuk Dr Zakaria Kasa.
KINI: UPSI kini diterajui Prof Datuk Dr Zakaria Kasa.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Universiti Perguruan Sultan Idris atau dulunya dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim pada tahun 1922 terus berperanan sebagai institusi yang melahirkan bakal guru di seluruh negara.

Dari segi sejarah, ia berasal daripada Maktab Perguruan Matang, Taiping , yang dibuka pada tahun 1913 dan beroperasi di bangunan rumah Ngah Ibrahim.

Ia kemudian berpindah ke Tanjung Malim dan diberikan nama baru sempena almarhum Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar.

Idea penubuhannya dicetuskan oleh Timbalan Pengarah Sekolah Melayu ketika itu, R O Winstedt dan berperanan melahirkan guru Melayu bukan saja bagi Tanah Melayu, malah negara serantau.

Dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu, Sir W George Maxwell, institusi berkenaan menampung 120 penuntut sulung yang semuanya lelaki.

SITC dibangunkan di tanah seluas 25.6 hektar. Bangunannya dibina berunsurkan seni bina ‘Medieval English Late’ atau ‘Palladian’ ala Gothic zaman pertengahan yang jelas dilihat pada Bangunan Suluh Budiman yang kini dijadikan Muzium Pendidikan Nasional (MPN).

Bangunan Bendahara Seri Maharaja yang menjadi bangunan asrama pelatih guru masih tersergam sehingga sekarang.

Ketika sesi pembelajaran, ‘Loceng Agung’ diketuk bagi menandakan waktu rehat. Pelajar SITC dilatih dalam pelbagai bidang antaranya pertanian, anyaman, latihan jasmani, perkebunan dan Bahasa Melayu.

Pengetua pertama SITC ialah OT Dussek, lelaki berketurunan Jerman yang lahir di Surrey, England.

Pada 1957, nama SITC ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), seterusnya kepada Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) pada 1987.

Pada 1 Mei 1997, institusi berkenaan dinaik taraf kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Naib Canselor pertama ialah Datuk Dr Ashari Che Mat sebelum digantikan Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Noor Salleh, Tan Sri Dr Muhammad Rais Abdul Karim dan Prof Datuk Dr Aminah Ayob sebagai Naib Canselor, wanita pertama.

Kini UPSI di bawah kepemimpinan Naib Canselor Prof Datuk Dr Zakaria Kasa manakala Canselornya ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Dulu dan kini mungkin berbeza dari segi prasarana dan kursus pengajian mengikut peredaran zaman.

Namun, tradisi masih kekal ialah pendidik lepasan SITC hingga UPSI dipanggil ‘Anak Kandung Suluh Budiman’ manakala institusi berkenaan adalah ‘Ibu Kandung Suluh Budiman’ yang mendidik warga pendidik menjadi insan berjasa kepada tanah air.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 11:46 AM