ANTARA kereta yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
ANTARA kereta yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Na'imah Mohamed


Klang: Sebuah kereta hangus manakala dua lagi rosak teruk dalam kebakaran membabitkan empat premis perniagaan di Taman Maznah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, bengkel membaiki kereta, bengkel mengecat kereta, bengkel kimpalan dan kedai menjual ayam musnah.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, Mohammad Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.09 petang sebelum dua jentera bomba dari BBP Andalas dan Shah Alam bersama dua unit Pasukan Kecemasan dan Menyelamat (EMRS) ke lokasi kejadian.

"Seramai 18 pegawai dan anggota terbabit memadam kebakaran dan api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan tafsiran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 10:55 PM