PASTA jenis Angel Hair menarik dihidangkan dengan Sos Pasta Tom Yum.
PASTA jenis Angel Hair menarik dihidangkan dengan Sos Pasta Tom Yum.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Itali dan pasta sememangnya tidak boleh dipisahkan. Seperti tidak lengkap rutin harian masyarakat negara di selatan Eropah itu jika tidak disertakan sekurang-kurangnya sepinggan pasta dalam hidangan mereka.

Selain itu, penggunaan pasta dalam masakan selama ini hanya diketahui untuk hidangan Barat seperti spageti bolognese, spageti aglio olio, carbonara dan fettuccine alfredo.

Namun bagi penulis, menyediakan sepinggan pasta agak sukar terutama apabila ia memerlukan bahan ‘mahal’ seperti minyak zaitun.

Selain itu, tidak lengkap menikmati carbonara tanpa hirisan cili padi bersama sedikit kicap cair. Pelik tetapi kalau sudah namanya tekak Melayu pasti sedikit sebanyak inginkan rasa pedas dalam setiap hidangan.

Yang pasti, bukan penulis saja yang sering melakukannya kerana hakikatnya ramai dalam kalangan kita yang gemar mencampuradukkan hidangan pasta bersama selera tempatan.

Atas alasan itulah yang membuatkan Pastamate membawakan beberapa sos pasta berteraskan cita rasa Asia, baru-baru ini.

Dibawakan oleh GBA Corporation Sdn Bhd, Pastamate hadir dalam tiga variasi rasa - Sos Pasta Kari Laksa, Sos Pasta Tom Yum dan Sos Pasta Kari Ayam.

Sos Pasta Kari Laksa menampilkan keseimbangan perisa laksa jenis kari yang pedas berkrim. Sos Pasta Tom Yum pula boleh meningkatkan selera dengan ciri pedas dan masam yang ketara. Manakala Sos Pasta Kari Ayam diangkat sebagai simbolik hidangan kari yang enak serta lengkap dengan elemen pedas dan masam lalu disempurnakan dengan unsur manis.

Pastamate dalam bentuk peket ini dihasilkan bagi memudahkan penyediaan hidangan sihat dan berkualiti untuk keluarga.

Menariknya, ia tidak mengandungi bahan pengawet berbahaya atau pewarna tiruan. Hanya bahan berkualiti dan halal digunakan.

Cara penyediaannya juga mudah. Hanya larutkan sos dengan santan, air atau stok pilihan mengikut cita rasa keluarga.

Untuk hidangan lengkap, boleh gabungkan bahan segar seperti sayuran dan makanan laut.

Bagi padanan pasta yang sesuai, Pastamate menarik dinikmati bersama pasta bijirin seperti San Remo. Pasta penuh bijirin ini berkhasiat dan membantu mengawal rasa lapar lalu membuatkan diri berasa kenyang sehingga waktu makan berikutnya.

Pastamate mengesyorkan kombinasi Sos Pasta Kari Laksa bersama spageti, Sos Pasta Tom Yum bersama pasta jenis Angel Hair dan Sos Pasta Kari Ayam pula bersama pasta jenis Elbows.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 10:01 AM