Dua lelaki yang disyaki suspek serangan bom ditahan beberapa jam selepas letupan bom menggegarkan Brussels. - Foto Daily Mail.
Dua lelaki yang disyaki suspek serangan bom ditahan beberapa jam selepas letupan bom menggegarkan Brussels. - Foto Daily Mail.
Dua lelaki yang disyaki suspek serangan bom ditahan beberapa jam selepas letupan bom menggegarkan Brussels. - Foto Daily Mail.
Dua lelaki yang disyaki suspek serangan bom ditahan beberapa jam selepas letupan bom menggegarkan Brussels. - Foto Daily Mail.
Agensi

Brussels: Jumlah korban serangan bom di Brussels meningkat kepada 34 orang dengan 14 terbunuh dalam letupan di balai berlepas Lapangan Terbang Zaventem, Brussels, manakala 20 lagi mati akibat letupan di stesen kereta api bawah tanah Maelbeek berhampiran.

Lebih 130 lagi cedera dalam serangan bom itu, termasuk sekurang-kurangnya 10 mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Pasukan keselamatan Belgium dilaporkan sudah menahan dua suspek kira-kira 1.6 kilometer dari stesen kereta api, pada 11 pagi waktu tempatan.

Dua letupan berlaku di balai berlepas kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan dan 90 minit kemudian, letupan ketiga berlaku di stesen kereta api bawah tanah.

Reuters melaporkan polis Belgium menemui raifal Kalashnikov berhampiran mayat seorang lelaki dipercayai penyerang di lapangan terbang.

Menurut stesen televisyen VTM, polis juga menemui tali pinggang berisi bahan letupan yang tidak meletup di balai berlepas.

Sementara itu, Daily Mail melaporkan seorang mangsa, Dries Valaert, 30, sedang menunggu mendapatkan pas menaiki pesawat di kaunter daftar masuk apabila letupan pertama berlaku.

“Letupan pertama diikuti letupan kedua beberapa saat kemudian yang amat kuat hingga menyebabkan siling runtuh. Ia berlaku 30 meter dari tempat saya berdiri.

“Saya nampak orang ramai terbaring di lantai dan saya berlari untuk keluar bersama ramai lagi,” katanya yang mahu ke Berlin.

Valaert yakin bom pertama berada dalam beg pakaian yang baru didaftar masuk kerana letupan berlaku di belakang kaunter.

Alphonse Youla yang bertugas membungkus beg berkata dia terdengar seorang lelaki menjerit dalam bahasa Arab sebelum letupan pertama dan kedua berlaku.

Dia yang cedera di tangan berkata: “Ia amat menakutkan, mengerikan. Saya nampak tujuh orang terbaring berlumuran darah yang saya rasa mati. Tiga mayat tiada kaki.”

Serangan bom itu berlaku berapa hari selepas penahanan Saleh Abdesalem di Brussels, Jumaat lalu, suspek utama serangan bom di Paris yang membunuh 130 orang pada November. Saleh diburu pihak berkuasa seluruh Eropah sejak empat bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 9:27 PM