RUMAH musnah 100 peratus dalam kebakaran petang tadi. FOTO Rahmat Othman
RUMAH musnah 100 peratus dalam kebakaran petang tadi. FOTO Rahmat Othman
Zuliaty Zulkifli


Jitra: Sebuah rumah di Kampung Sungai Korok, Ayer Hitam, di sini, musnah 100 peratus dalam kebakaran petang tadi.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, pemilik rumah berkenaan, Wan Salasiah Megat Hamid, 66, sedang berehat di pelantar kayu di tepi bahagian rumah berkenaan bersama dua cucunya berusia lima dan 10 tahun sebelum ternampak kepulan asap.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Pegawai Bomba Kanan II Che Kop Che Dan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.01 petang dan tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

Beliau berkata, api berjaya dipadam kira-kira 30 minit kemudian dari merebak ke rumah berhampiran dan operasi tamat pada jam 4.09 petang.

"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kebakaran ini dan punca serta kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 5:51 PM