Lokasi mangsa dipercayai terjatuh dalam sungai di Jalan Sungai Korok. FOTO IHSAN BOMBA
Lokasi mangsa dipercayai terjatuh dalam sungai di Jalan Sungai Korok. FOTO IHSAN BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


Jitra: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Korok, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.36 tengah hari tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Arizal Amir Hamzah dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Setiba di lokasi, didapati mangsa berusia berusia 40 tahun dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

"Setakat ini pencarian di permukaan air sedang dilakukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama sebuah bot di lokasi," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, operasi membabitkan enam anggota masih diteruskan bagi mengesan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 4:01 PM