Anggota Bomba melakukan pencarian kanak-kanak berusia 12 tahun yang masih hilang selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terjatuh ke dalam Sungai Korok. FOTO IHSAN Pembaca
Anggota Bomba melakukan pencarian kanak-kanak berusia 12 tahun yang masih hilang selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terjatuh ke dalam Sungai Korok. FOTO IHSAN Pembaca
Zuliaty Zulkiffli


Jitra: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan hilang manakala ibu bapanya selamat apabila kereta yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai Jalan Sungai Korok, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.39 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra sudah tiba di lokasi.

"Maklumat awal yang diterima dari Komander Operasi mendapati kemalangan membabitkan kereta dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

"Komander Operasi melaporkan terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak berusia 12 tahun masih berada di dalam kereta berkenaan.

"Dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri dipercayai ibu bapa kanak-kanak terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Sayani berkata, anggota bomba sedang membuat pencarian secara permukaan air dan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, setakat ini operasi pencarian masih dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2022 @ 3:56 PM