AHMAD Puzi (tengah) menyaksikan penyerahan memoradum serah tugas Wan Mohd Affandi (kiri) kepada Mohd Zubil. FOTO Izhari Ariffin
AHMAD Puzi (tengah) menyaksikan penyerahan memoradum serah tugas Wan Mohd Affandi (kiri) kepada Mohd Zubil. FOTO Izhari Ariffin
Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Bekas Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som dilantik menjadi Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd Affandi Wan Ahmad yang dilantik menjadi Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan.

Mohd Zubil berkata, Sabah mempunyai keistimewaan dan keunikan khususnya membabitkan kawasan perairan yang banyak memberi cabaran tersendiri berbanding negeri lain.

"Saya akan melakukan lawatan kerja di seluruh negeri bagi lebih mengenali kawasan termasuk memahami masalah di perairan Sabah.

"Apa yang penting, saya berharap APMM akan terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada agensi penguatkuasaan yang lain termasuk penduduk di negeri ini dalam usaha mengekang sebarang salah laku serta perlanggaran perundangan perairan," katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar.

Pix: IZHARI ARIFFIN

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 2:56 PM