seorang anggota bomba memadamkan api di satu kawasan untuk tanaman kelapa sawit dekat  Tanjung Palas, Dumai, Riau, Sabtu lalu. - Foto AFP/Antara
seorang anggota bomba memadamkan api di satu kawasan untuk tanaman kelapa sawit dekat Tanjung Palas, Dumai, Riau, Sabtu lalu. - Foto AFP/Antara
Reuters

Jakarta: Wilayah Riau di Sumatera, Indonesia, mengisytiharkan darurat berikutan kebakaran hutan yang semakin besar.

“Gabenor mengisytiharkan darurat bagi mengelak bencana lebih besar seperti jerebu yang melanda pada 2015,” kata jurucakap gabenor, Darusman.

Kira-kira 500 anggota tentera, polis dan bomba serta sebuah helikopter digunakan bagi memadamkan kebakaran.

Kebakaran hutan di Riau itu dipercayai akibat pembakaran terbuka pihak yang membuka ladang serta diburukkan lagi oleh cuaca panas akibat El Nino sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2016 @ 5:05 PM