AZMI (kiri) mengetuai Op Kesan dan sebahagian PATI yang ditahan yang ditahan polis awal pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
AZMI (kiri) mengetuai Op Kesan dan sebahagian PATI yang ditahan yang ditahan polis awal pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Muhammad Apendy Issahak

Cameron Highlands: Seramai 87 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam Op Kesan di kawasan tapak pembinaan di Tanah Rata, di sini awal pagi tadi.

Operasi bermula 1 pagi hingga 4 pagi itu diketuai Pemangku Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Asisten Superintendan Azmi Mahmood bersama lima pegawai dan 35 anggota.

Azmi berkata, serbuan dilakukan di tapak pembinaan bangunan Cameron Fair di Persiaran Camelia, Tanah Rata.

"Hasil pemeriksaan 87 PATI terdiri daripada 80 lelaki dan 7 wanita berjaya diberkas

"Tangkapan adalah membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 3:34 PM