Oleh Muhammad Apendy Issahak


Cameron Highlands: Operasi besar-besaran menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di beberapa kawasan di Cameron Highlands dilakukan sebaik pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan masalah pendatang itu diatasi segera.

Tinjauan di sekitar pekan Ringlet berhampiran pusat penempatan sementara mangsa banjir Kampung Baru Ringlet di sini, mendapati lebih 30 pendatang tanpa izin ditahan beberapa pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang berpakaian preman dalam operasi besar-besaran itu.

Difahamkan operasi turut membabitkan beberapa lagi kawasan lain sekitar Cameron Highlands antaranya Kampung Raja, Tanah Rata, Brinchang, Kuala Terla dan Tringkap serta beberapa lokasi lain yang sudah dikenal pasti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 4:22 PM