Mohamad Roy melupuskan sebahagian mesin judi yang dirampas dari 2014 hingga 2015 petang tadi. FOTO Nabihah Kamal
Mohamad Roy melupuskan sebahagian mesin judi yang dirampas dari 2014 hingga 2015 petang tadi. FOTO Nabihah Kamal
Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju melupuskan 2,261 mesin judi yang dianggarkan bernilai RM3.5 juta, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, rampasan berkenaan hasil dari 471 serbuan yang dijalankan sejak 2014 hingga 2015.

"Seramai 855 individu ditahan termasuk penjaga dan pelanggan premis judi berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 4D(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Polis merampas 144 mesin simulator dan 2,117 set komputer. Turut dirampas wang tunai hasil kegiatan judi bernilai RM55,000.

"Susulan itu, polis sentiasa memantau dan menjalankan rondaan untuk menghapuskan kegiatan judi di daerah ini," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan judi berkenaan boleh melaporkan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 9:09 PM