ANTARA kawasan di Bau yang dilanda banjir sebelum ini. FOTO fail ihsan Bomba
ANTARA kawasan di Bau yang dilanda banjir sebelum ini. FOTO fail ihsan Bomba
Abd Rahman Adam


Kuching: Empat pusat pemindahan di daerah Bau ditutup menjadikan jumlah mangsa banjir berkurangan daripada 5,218 petang tadi kepada 4,837 orang setakat 2 petang tadi.

Daripada jumlah itu, 4,484 mangsa masih di tempatkan di 17 pusat pemindahan di Kuching, manakala selebihnya di empat pusat pemindahan di Serian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, empat pusat pemindahan di Bau ditutup tengah hari tadi, selepas air surut di kawasan terbabit.

Katanya, jumlah mangsa banjir dijangka menurun lebih ramai petang ini apabila paras air sungai berhampiran penempatan penduduk yang terjejas sebelum ini, berada paras normal.

"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada mangsa banjir di semua pusat pemindahan di dua daerah terbabit dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 4:03 PM