Keadaan mangsa dan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Keadaan mangsa dan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Pemandu kereta berusia 28 tahun maut selepas kenderaannya bertembung dengan bas ekspres di Jalan Kuala Berang di Kampung Pengadang Baru, di sini, 5.50 pagi tadi.

Mohd Zulhilmi Mohamad Nor dari Kampung Gelugor Kedai meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit dalam kenderaannya.

Bas ekpres berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Padang Midin ke pusat bandar raya ini sebelum bertembung dengan kereta terbabit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, enam anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat mengenai mangsa yang tersepit.

"Bagaimanapun, anggota bomba yang ke lokasi dimaklumkan pemandu kereta berkenaan sudah meninggal dunia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 2:08 PM