MAYAT mangsa di hantar ke HTAR untuk bedah siasat. FOTO Muhammad Sulaiman
MAYAT mangsa di hantar ke HTAR untuk bedah siasat. FOTO Muhammad Sulaiman
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Klang: Lelaki berusia 87 tahun ditemui mati dengan kesan lebam pada muka dan kepala di rumah di Jalan Dato Dagang 35C, Taman Sentosa, pagi tadi.

Mayat Ong Chock Meng, 87, ditemui anak lelakinya yang menerima panggilan telefon daripada jiran memaklumkan pintu depan rumah bapanya terbuka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, siasatan mendapati terdapat kesan umpilan pada pintu gril dan mayat mangsa ditemui di tangga atas dalam keadaan terbaring.

Beliau berkata, kejadian dipercayai bermotifkan samun namun polis masih meneruskan siasatan.

"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 1:22 PM