THE Fighters sasar satu trofi musim ini.
THE Fighters sasar satu trofi musim ini.

Jengka: Penaung Kelab Bolasepak FELDA United Tan Sri Isa Samad berharap stadium baru The Fighters mampu melonjakkan semangat barisan pemain untuk meraih sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim ini.

FELDA United akan menggunakan Stadium Tun Abdul Razak (STAR) sebagai gelanggang rasmi di Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

“Kita berharap stadium ini akan memberikan semangat baru. Diharapkan semua pihak akan memberikan komitmen tinggi untuk memastikan kejayaan musim ini.

“Sasaran kita kekal seperti musim lalu iaitu memenangi salah satu trofi yang dipertandingkan.

“Hasrat itu sudah disampaikan kepada jurulatih, pemain dan pengurusan. Saya percaya mereka turut menyimpan hasrat sama selepas dua tahun tidak berjaya,” kata Isa yang juga Pengerusi FELDA.

FELDA United menamatkan musim pada kedudukan kelima Liga Super, separuh akhir Piala Malaysia dan pusingan pertama Piala FA.

Mereka akan memulakan saingan Liga Super menentang Kedah di STAR, Sabtu minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 5:55 AM