Membeli-belah barangan bayi tugas yang sangat menyeronokkan. Namun begitu, dengan lambakan pilihan di pasaran, tugasan ini boleh menjadi satu pengalaman yang kurang menyenangkan. Ini kerana ibu terpaksa mengunjungi banyak tempat untuk mendapatkan kelengkapan bayi dan ia sudah tentu memenatkan.

Bukankah lebih mudah jika anda dapat membeli semua keperluan bayi di bawah satu jenama? Kini, melalui Little Precious, subjenama popular Tollyjoy bagi penjagaan bayi dan ibu, ibu bapa boleh berbuat demikian.

Sebagai tambahan kepada pilihan sedia ada di Tollyjoy, Little Precious menawarkan produk merangkumi keperluan asas bayi. Pilihan ini termasuk pakaian bayi yang comel, cecair pembersih, aksesori tatarias dan peralatan makan, alat permainan, juga barangan tidur yang boleh didapati dalam pilihan warna dan corak berlainan. Ia turut menawarkan pelbagai pilihan set bayi yang dibungkus cantik, sesuai bagi menghadiri majlis istimewa.

Selain keperluan bayi, ia turut menyediakan barangan ibu membabitkan peralatan menyusu. Aktiviti penyusuan juga antara aspek penting dalam pengalaman keibubapaan dan amat penting ibu mendapatkan sokongan sepenuhnya ketika melalui fasa ini.

Daripada pam susu, pad antileleh, aksesori penyimpanan susu dan beg, pilihan menyeluruh rangkaian produk penyusuan Little Precious sememangnya diperlukan bagi setiap ibu yang menyusu.

Menawarkan kemudahan dalam rangkaian merangkumi semua, jenama ini turut menyediakan barangan keperluan penting ketika keluar bersama keluarga. Untuk itu ibu tidak perlu lagi risau kerana mempunyai tisu lembap, makanan bayi yang dipek sempurna di dalam bekas snek serta beg yang cantik dan cukup besar bagi membawa keperluan bayi ketika keluar rumah.

Lebih menarik semua produk direka khas deĀ­ngan ciri selamat dan tahan lasak. Untuk maklumat lanjut mengenai Tollyjoy, sila layari www.tollyjoy.com.sg.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 5:00 AM