GOLONGAN ibu juga mudah terpengaruh dengan pemasaran pengganti susu ibu yang agresif walaupun sebelum anak mereka dilahirkan.
GOLONGAN ibu juga mudah terpengaruh dengan pemasaran pengganti susu ibu yang agresif walaupun sebelum anak mereka dilahirkan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PENYUSUAN eksklusif susu ibu sememangnya dapat memberi nutrisi terbaik kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan mereka.

Kandungan nutrien dalam susu ibu bukan sahaja dapat memberi si kecil kesayangan perlindungan daripada jangkitan malah membantu mencegah banyak penyakit.

Selain itu, bayi yang diberikan susu ibu juga kurang mendapat masalah kesihatan seperti cirit-birit, ruam dan alahan berbanding pemberian susu formula.

Sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang disambut setiap 1 hingga 7 Ogos setiap tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berganding bahu bagi mempromosikan amalan penyusuan susu ibu dalam kalangan masyarakat.

Mereka turut menggesa pemegang taruh supaya menghormati Kod Antarabangsa Pemasaran Susu Ibu Pengganti yang juga dikenali sebagai The Code.

Wakil UNICEF di Malaysia, Robert Gass berkata, selepas bersalin ibu menghasilkan susu yang mengandungi semua protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang diperlukan bayi.

"Keajaiban dan kelangsungan hidup itulah yang kita raikan setiap tahun pada Minggu Penyusuan Susu Sedunia.

"Ibu dan keluarga perlu disokong untuk memastikan anak mereka dapat disusukan secara optimum dan yakin.

KANDUNGAN nutrien dalam susu ibu  bukan sahaja dapat memberi si kecil kesayangan perlindungan daripada jangkitan malah membantu mencegah banyak penyakit.
KANDUNGAN nutrien dalam susu ibu bukan sahaja dapat memberi si kecil kesayangan perlindungan daripada jangkitan malah membantu mencegah banyak penyakit.

"Jadi, sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia tahun ini, WHO dan UNICEF komited berusaha untuk melindungi ibu yang menyusu, yang terdedah kepada pengaruh bahaya daripada industri makanan yang menghasilkan pengganti susu ibu (BMS)," katanya.

Dalam pada itu, wakil WHO untuk Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Rabindra Abeyasinghe berkata, pengganti susu ibu sepatutnya ada hanya apabila diperlukan dan bukannya dipromosikan.

"The Code adalah perjanjian kesihatan awam sedunia, yang bertujuan untuk melindungi ibu daripada amalan pemasaran agresif oleh industri makanan kanak-kanak.

"Komitmen kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan pelaksanaan The Code memang wajar diberi pujian.

PEMASARAN susu formula dan pengganti susu ibu yang lain jelas boleh mempengaruhi pilihan ibu.
PEMASARAN susu formula dan pengganti susu ibu yang lain jelas boleh mempengaruhi pilihan ibu.

"Namun kami menggesa semua pihak berkepentingan supaya menghormati peruntukannya bagi mewujudkan persekitaran terbaik untuk memastikan bayi baru lahir dapat membesar dengan sihat," katanya.

Sementara itu, data terkini daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2016 menganggarkan bahawa hanya 47 peratus bayi diberi susu ibu secara eksklusif ketika enam bulan pertama.

Ia jauh lebih rendah daripada sasaran nasional sebanyak 58 peratus yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Apa puncanya? Kadar penyusuan yang rendah di negara ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan beberapa faktor.

Antaranya faktor termasuk tempat kerja dan kekangan masa yang dihadapi ibu bekerja, kurang pengetahuan dan salah faham mengenai penyusuan susu ibu serta kekurangan sokongan daripada keluarga dan masyarakat.

Dalam beberapa kes tertentu, keadaan perubatan juga mungkin menyukarkan sesetengah ibu.

Golongan ibu juga mudah terpengaruh dengan pemasaran pengganti susu ibu yang agresif walaupun sebelum anak mereka dilahirkan.

Pemasaran susu formula dan pengganti susu ibu yang lain jelas boleh mempengaruhi pilihan ibu.

Ia secara tidak langsung membawa kepada penurunan dalam kadar penyusuan yang tinggi, itulah sebabnya The Code diwujudkan untuk melindungi ibu yang menyusu.

Justeru, mengehadkan pemasaran pengganti susu ibu adalah penting untuk menjaga kepentingan ibu yang menyusu.

Ia sekali gus dapat melindungi kesihatan dan masa depan anak-anak mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 6:07 AM