Masa penyusuan dan bermain paling digemari hampir semua ibu bapa kerana detik ini begitu bermakna untuk menghayati ikatan kasih sayang bersama bayi tersayang.

Menjadikan detik melayani si manja seindah mungkin, kebersihan tetap menjadi keutamaan bagi pasangan ibu bapa. Justeru, Tollyjoy merumus Cecair Pembersih Botol & Aksesori di bawah pilihan produk penjagaan bayi Little Precious.

Produk itu direka khas bagi memastikan semua botol dan mainan si manja bersih dan bebas daripada kuman setiap masa.

Formula lembut cecair berkenaan dengan keseimba-ngan pH yang ideal menjadikannya satu penyelesaian untuk membersihkan semua peralatan si manja, daripada botol dan puting botol bayi sehinggalah alat mainan dan aksesori bayi lain.

Di samping formulanya yang agak lembut, cecair pembersih itu mengekalkan keberkesanannya untuk menghapuskan semua kesan susu dan sisa yang melekat apatah lagi penggunaan air sabun biasa semata-mata sukar untuk membersihkannya.

Cecair terbabit sudah diuji dan mematuhi OECD 423 ujian ketoksikan oral akut, menjadikannya produk yang selamat dan boleh dipercayai.

Dengan haruman epal hijau, ia disediakan dalam botol pam 750ml dan boleh didapati di semua kedai Aeon di seluruh negara kecuali cawangan Aeon Big, lokasi terpilih di cawangan The Store dan Pacific, pasaraya Billion, dan beberapa lokasi lain di seluruh Malaysia.

Harga promosi kini ialah RM12.90 sebotol sementara harga runcitnya RM15.90. Untuk maklumat lanjut, layari www.tollyjoy.com.sg

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 5:00 AM