Wisma Darul Aman, tempat pertemuan  Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan ADUN Kedah dan sebahagian petugas media menunggu di luar wisma berkenaan. FOTO Amran Hamid
Wisma Darul Aman, tempat pertemuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan ADUN Kedah dan sebahagian petugas media menunggu di luar wisma berkenaan. FOTO Amran Hamid
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Alor Setar: Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah tiba 3 petang tadi di Wisma Darul Aman, di sini, bagi mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipercayai berkaitan kemelut Menteri Besar.

Terdahulu Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim tiba pada 2.40 petang tadi, manakala Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah tiba 15 minit kemudian.

Kira-kira 30 petugas media kini menunggu di luar pekarangan Wisma Darul Aman bagi menanti keputusan pertemuan itu.

Krisis Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukriz Mahathir bermula apabila 14 Ketua Bahagian UMNO Negeri Kedah menyatakan hilang kepercayaan kepadanya baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2016 @ 3:49 PM