Anggota PPM Muar bersama tenggiling dan kereta yang dirampas. FOTO ihsan PPM Muar
Anggota PPM Muar bersama tenggiling dan kereta yang dirampas. FOTO ihsan PPM Muar
Oleh Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas 13 tenggiling dan kereta bernilai kira-kira RM20,400 dalam Ops Landai di Parit Jamil, Muar dekat sini, 1.30 pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Pa Khiu Khon Chiang berkata, semua haiwan eksotik itu dirampas susulan penemuan sebuah kereta dalam keadaaan mencurigakan.

Katanya, operasi diketuai Asisten Superintendan Nordin Osman bersama tiga anggota ketika melakukan rondaan di kawasan pjnggir laut di Parit Jamil dekat sini.

"Sebuah kereta dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum anggota PPM menghampiri kenderaan itu menyebabkan dua lelaki melarikan diri ke kawasan bakau.

"Pemeriksaan lanjut, 13 tenggiling ditemui di dalam but kereta," katanya.

Menurutnya, semua rampasan itu dibawa ke Jeti PPM Muar dan diserahkan kepada PERHILITAN Muar untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2016 @ 4:19 PM