YINGLUCK terima bunga daripada penyokongnya ketika tiba di bangunan mahkamah di Bangkok, semalam. - EPA
YINGLUCK terima bunga daripada penyokongnya ketika tiba di bangunan mahkamah di Bangkok, semalam. - EPA

Bangkok: Bekas perdana menteri Thai, Yingluck Shinawatra semalam menggesa rakyat negara itu keluar mengundi dalam pungutan suara berkait dengan perlembagaan baru yang dirangka pemerintah tentera.

“Saya mempelawa semua rakyat Thai keluar mengundi untuk menolak perlembagaan baru. Saya tidak mahu melihat hanya segelintir sahaja yang mengundi kerana ia akan menjejaskan kemahuan kita,

“Anda keluar mengundi jika mahu melihat demokrasi di negara ini pada masa depan,” katanya ketika berucap ringkas kepada ratusan penyokong yang menyambut ketibaanya di mahkamah di sini.

Yingluck berada di mahkamah berkenaan untuk memberi keterangan dalam perbicaraannya atas tuduhan cuai berhubung skim bantuan padi.

Ketibaan Yingluck dimahkamah disambut ratusan penyokong yang menyerahkan bunga ros merah - warna lambang pergerakan penyokongnya.

Parti Pheu Thai yang diketuainya menyuarakan kebimbangan kemungkinan tidak ramai rakyat Thai keluar mengundi kerana ia akan memberikan kemenangan kepada pemerintah tentera yang diketuai Prayut. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2016 @ 9:18 AM