Azwanddin (tengah) bersama ahli JMM tampil membuat laporan polis mengenai kegiatan judi mesin slot di IPD Ampang Jaya, petang tadi. FOTO Norizuan Shamsuddin
Azwanddin (tengah) bersama ahli JMM tampil membuat laporan polis mengenai kegiatan judi mesin slot di IPD Ampang Jaya, petang tadi. FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin

Ampang Jaya: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ambil tindakan terhadap kegiatan mesin judi slot di daerah Ampang.

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, sehingga kini pihaknya mengesan sebanyak 20 lokasi premis perjudian di daerah berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima pelbagai aduan dari orang ramai yang tampil ke pejabat JMM bagi menyalurkan maklumat mengenai kegiatan itu.

"Kami sudah salurkan maklumat kepada polis membabitkan 20 lokasi perjudian di daerah Ampang hasil aduan di terima dan risikan yang dilakukan oleh JMM.

"JMM juga mendedahkan nama seorang individu yang bergelar 'Datuk' dipercayai menjadi pemilik perniagaan mesin judi di kawasan ini.

"Jadi, kita minta polis menyiasat lokasi dan mengambil tindakan segera terhadap premis judi berkenaan," katanya ketika ditemui selepas tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 5:46 PM