FATHIA Latif.
FATHIA Latif.

Umum tahu antara Fathia Latif dan Aiman Hakim Redza kini tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi selepas kedua-dua–nya memberi kenyataan me­ngenai perkara itu.

Kenyataan Aiman disiarkan media begitu juga Fathia memaklumkan cintanya bersama Aiman sudah putus.

Malah Aiman juga dikatakan memadam gambar Fathia dalam laman sosialnya.

Tapi yang menghairankan Cik Pang, ada antara teman media yang bercerita mengatakan selepas memadam gambar itu, Aiman dan Fathia bertemu.

Tentu menghairankan dua insan yang baru putus dan sampai memadam semua gambar kekasih hati, tetapi sebaik saja berbuat demikian mereka dilihat keluar bersama.

Drama apakah? Cuma yang teman itu tidak tahu sama ada pertemuan itu kerana Aiman mahu berbincang dan memujuk Fathia untuk menyambung kembali hubungan cintanya.

Atau mungkin juga Aiman dan Fathia bertemu untuk menyelesaikan masalah berbangkit agar tidak ada hal yang boleh dikaitkan antara mereka di kemudian hari kerana mereka harus meneruskan kehidupan masing-masing.

Teman Cik Pang bertanya kawan sekeliling tetapi mereka pun tidak pasti mengenai hal itu. Sebabnya, selepas memberi kenyataan mereka memutuskan hubu­ngan, kedua-duanya tidak mahu lagi bercerita atau memberi sebarang ke–nyataan mengenainya.

Aiman sewaktu ditemui teman media baru-baru ini, awal-awal lagi menegaskan dia tidak akan bercakap mengenai hal berkaitan peribadi.

Apa-apa pun, kita tunggu saja perkembangan selanjutnya sebab putus dan berbaik semula bukan sesuatu yang menghairankan dalam hubungan mereka berdua.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:03 AM