Sebaik kecoh kisah cinta Emma Maembong dan Zizan Razak putus di tengah jalan selepas dua tahun, ramai menuding jari kepada mereka berdua kerana memperolok-olokkan orang ramai.

Kata mereka mana yang betul, sekejap kata putus dan sekarang berbaik semula.

Berita baru sampai kepada Cik Pang sebenarnya kenyataan sudah berbaik semula itu hanya datang dari Zizan tetapi tidak Emma. Pendirian pelakon putih melepak itu dalam kemelut cintanya dengan Zizan ibarat sekali hati sudah terluka, tidak mungkin akan kembali.

Patutlah selama ini apabila Cik Pang baca status dimuat naik Emma seakan-akan mahu memberitahu umum apa yang cuba dinyatakan Zizan tidak benar.

Kiranya Zizan sekarang dalam situasi bertepuk sebelah tangan atau mungkin juga Zizan cuba bersikap positif dan memenangi kembali hati bekas kekasihnya yang terluka kerana tindakannya sebelum ini.

Namun ada sumber memberitahu Cik Pang, dakwaan hati dan cinta Emma beralih arah kepada aktor Kamal Adli seperti dilaporkan teman Cik Pang dalam CAK adalah benar.

Buktinya, ramai orang keliling melihat mereka keluar berdua di tempat awam dalam keadaan mesra.

Namun, Cik Pang tak berani mengesahkan dakwaan mereka yang pernah nampak pasangan ini keluar bersama memandangkan Emma dan Kamal sebelum ini menegaskan mereka hanya rakan rapat.

Mungkin juga dalam keadaan sekarang berdepan kekecewaan, Emma benar-benar memerlukan rakan untuk memahami dirinya dan menenangkan keadaan. Perkara itu mungkin diperoleh dari Kamal.

Kalau benar mereka bercinta, apa salahnya. Bukankah Zizan dan Emma tiada apa-apa ikatan? Begitu juga Kamal dan Intan Ladyana.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:05 AM