Selepas 12 jam 12 jam, anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan api. - Foto AP
Selepas 12 jam 12 jam, anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan api. - Foto AP
Api yang marak membakar bangunan  Address Downtown di Dubai, malam tadi. - Foto  EPA
Api yang marak membakar bangunan Address Downtown di Dubai, malam tadi. - Foto EPA
AP

Dubai: Bangunan pencakar langit di bandar raya ini, Address Downtown, yang menempatkan hotel dan unit kediaman eksklusif rosak teruk akibat kebakaran menjelang Tahun Baru malam tadi.

Kebakaran itu bermula kira-kira jam 9.30 malam tadi dan selepas 12 jam, anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan api.

Menurut pihak berkuasa Dunbai, sekurang-kurangnya 14 orang cedera ringan dan seorang terkena serangan jantung akibat terhidu asap ketika bersesak-sesak keluar dari bangunan untuk menyelamatkan diri.

Kebakaran berlaku ketika kira-kira sejuta orang sedang berkumpul di sekitar pencakar langit Burj Khalifa menunggu menyaksikan pertunjukan bunga api menjelang Tahun Baru. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 5:15 PM