MENARA Burj Khalifa di Dubai (kiri) memaparkan imej Ardern yang berhijab memeluk seorang wanita. FOTO Daily Mail
MENARA Burj Khalifa di Dubai (kiri) memaparkan imej Ardern yang berhijab memeluk seorang wanita. FOTO Daily Mail
Agensi

Dubai: Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa menyiarkan imej Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memeluk seorang wanita yang berkabung di masjid Jacinda Ardern, Wellington.

Daily Mail melaporkan pencakar langkit setinggi 829 meter itu memaparkan imej berkenaan, semalam susulan tragedi tembakan rambang di dua masjid Christchurch yang meragut 50 nyawa.

Perkataan 'salam' dalam bahasa Arab bersertakan 'aman' dalam Inggeris turut disiarkan pada imej berkenaan.

Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu, Sheik Mohammed berkongsi gambar itu di Twitter dan mengucapkan terima kasih kepada Ardern atas sokongan diberikan.

"Terima kasih perdana menteri Jacinda Ardern dan rakyat New Zealand atas empati ikhlas dan sokongan yang mendapat pujian 1.5 bilion orang muslim selepas serangan pengganas yang menggugat komuniti Islam di seluruh dunia," tulisnya.

Imej berkenaan itu yang memperlihatkan Arden berhijab dipaparkan pada hari sama New Zealand menyiarkan laungan azan Jumaat secara langsung di televisyen dan radio.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mac 2019 @ 4:25 PM