EFE

Dubai: Emiriah Arab Bersatu (UAE) memecahkan lima rekod Rekod Dunia Guinness dengan pertunjukan bunga api tahun baharu.

Menurut agensi berita WAM, emiriah Ras al-Khaimah mencipta rekod Altitud Multirotor Tertinggi/Persembahan Bunga Api Dron dengan ketinggian bunga api sehingga 1,055.8 meter, lebih tinggi dari mana-mana pencakar langit di dunia.

Menggunakan 452 dron untuk melancarkan bunga api itu dan menghasilkan visual 'Happy New Year' di udara, ia memecahkan rekod sebagai Multirotor Paling Jauh Dikendalikan/Bunga Api Dron Serentak.

Pertunjukan bunga api dari Burj Khalifa pada malam sambutan tahun baharu 2022. - FOTO EPA
Pertunjukan bunga api dari Burj Khalifa pada malam sambutan tahun baharu 2022. - FOTO EPA

Pada sambutan tahun baharu 2019, UAE turut memecahkan dua rekod Guinness.

Pada Festival Sheikh Zayed di Abu Dhabi, ia memecahkan tiga rekod baharu Guinness dengan pertunjukan bunga api selama 40 minit.

UAE menjadi negara yang memiliki rekod Guinness terbanyak (425 rekod) di Timur Tengah dan wilayah Afrika Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 7:55 PM