MENARA tinjau yang diapit bangunan pencakar langit yang lain di Dubai.
MENARA tinjau yang diapit bangunan pencakar langit yang lain di Dubai.
VALSS bersama pengerusi Emaar Properties, Mohamed Alabbar.
VALSS bersama pengerusi Emaar Properties, Mohamed Alabbar.
MENARA ini turut dilengkapi hotel, restoran dan apartmen.
MENARA ini turut dilengkapi hotel, restoran dan apartmen.
PROJEK menara terbaru ini yang lebih tinggi daripada Burj Khalifa.
PROJEK menara terbaru ini yang lebih tinggi daripada Burj Khalifa.

Sekali lagi, Dubai menggapai langit dengan membina bangunan tertinggi di dunia dan menewaskan binaannya sendiri, Burj Khalifa.

Lebih menarik lagi, menara itu akan mempunyai balkoni berputar dan landskap menarik, yang diinspirasikan dari taman gantung Babylon.

Syarikat yang disokong kerajaan, Emaar Properties, berharap menara baru itu akan menarik gelombang segar pembeli walaupun terdapat bangunan pencakar langit lain menjanjikan pemandangan indah.

Syarikat sokongan kerajaan di sebalik projek itu, Emaar Properties berharap menara baru itu menarik gelombang baru pemilik rumah yang mahukan pemandang indah selepas sebuah bangunan tinggi di kawasan berhampiran terbakar pada malam Tahun Baru.

Pengerusi Emaar Properties, Mohamed Alabbar berkata, menara tinjau baru itu akan mempunyai `muncung’ yang membuatkannya lebih tinggi dari Burj Khalifa yang setinggi 828.14 meter.

Bagaimanapun, dia enggan menjelaskan berapa tinggi menara itu.

Tidak seperti Burj Khalifa, menara bernilai AS$1 bilion (RM3.88 bilion) itu berbeza dengan pencakar langit tradisional dengan puncak menara disokong menggunakan kabel manakala dek tinjau mengandungi taman yang diserikan dengan pokok dan tumbuhan hijau lain.

Menurut Emaar, menara unik itu akan dilengkapi hotel butik, restoran, balkoni kaca yang berputar di luar dinding menara.

Bagaimanapun, struktur reka bentuk bangunan itu menyebabkan ia tidak mungkin diiktiraf sebagai `bangunan’ lebih tinggi daripada Burj Khalifa walaupun ia melebihi ketinggiannya.

Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar yang berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat, sebagai contoh, berkata, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada ketinggian struktur mesti mengandungi kawasan lantai yang boleh digunakan untuk dipertimbangkan kedudukannya sebagai bangunan tertinggi di dunia.

Untuk itu, menara telekomunikasi dan menara tinjau biasanya tidak layak memandangkan ia hanya mempunyai sejumlah kecil tingkat.

Jadi, tidak hairanlah Burj Khalifa bakal `ditewaskan’ oleh sebuah bangunan pencakar langit yang dalam pembinaan di Jeddah, Arab Saudi, yang menjanjikan ketinggian melebihi 1000 meter.

Menara Dubai yang baru ini dijangka dibuka apabila Dubai menjadi tuan rumah Ekspo Dunia pada 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 1:41 PM