Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Hampir 300 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringghi, di sini, berkumpul bagi menghalang kampung mereka daripada dirobohkan, hari ini.

Mereka dilihat berkumpul sejak 8 pagi dengan memegang sepanduk.

Selain itu, penduduk turut meletakkan beberapa kenderaan serta konkrit untuk menghalang jentolak masuk ke kampung.

Tindakan itu terpaksa diambil penduduk selepas notis pengusiran mereka dari kampung berkenaan yang diperoleh tuan tanah daripada mahkamah berakhir Ogos lalu.

Bagaimanapun, setakat ini keadaan dilihat masih terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Anggota polis turut dilihat mengawal keadaan di kampung terbabit sejak 6 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 1:15 PM
PENDUDUK Kampung Mutiara, Batu Feringgi berkumpul sebagai langkah terakhir menyelamatkan  rumah dan kampung mererka daripada dirobohkan. FOTO Ramdzan Masiam
PENDUDUK Kampung Mutiara, Batu Feringgi berkumpul sebagai langkah terakhir menyelamatkan rumah dan kampung mererka daripada dirobohkan. FOTO Ramdzan Masiam