Zaid Salim

Kuala Terengganu: Anggota bomba berusaha memujuk lelaki Kemboja yang didakwa enggan turun selepas memanjat pokok cengal setinggi 25 meter di Kampung Sungai Pinang, di sini, petang tadi.

Usaha memujuk lelaki dikenali sebagai Zul berusia lingkungan 30-an terbabit bermula 1 petang tadi turut dibantu penduduk kampung dan kenalannya.

Difahamkan, lelaki terbabit yang menetap di kampung berkenaan sejak lebih lima tahun lalu disedari berada di atas pokok berkenaan 11 malam semalam.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pegawai Zon 1 Penolong Penguasa Bomba Hairisyam Mat Tahar berkata, pihakya menerima panggilan daripada penduduk kampung pada 12.40 tengah hari tadi sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

"Sehingga 6.30 petang tadi, usaha memujuknya masih dilakukan termasuk memberi makanan kepada lelaki terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 8:40 PM
LELAKI warga Kemboja enggan turun dari pokok setinggi 25 meter yang dipanjatnya. FOTO Aswadi Alias