Rudy Fazrunisyam Samarudin

Johor Bahru: Penghuni Kondominium Dwi Mahkota di Jalan Persiaran Tanjung, Taman Bukit Aliff, Tampoi di sini bergegas meninggalkan kediaman masing-masing selepas terasa gegaran, 9 malam tadi.

Komander Operasi Bomba dan Peyelamat Johor Bahru, Rohaizat Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.09 malam.

Katanya, satu jentera bersama lima anggota bergegas ke lokasi dan mendapati berlaku gegaran di bangunan itu.

Menurutnya, semua penghuni kondominium 19 tingkat itu diarahkan mengosongkan kediaman dan berkumpul di kawasan lapang berdekatan.

"Malah ketika kami sampai masih berlaku gegaran namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 12:31 AM
PENDUDUK kondominium meninggalkan kediaman selepas terasa gegaran.
PENDUDUK kondominium meninggalkan kediaman selepas terasa gegaran.