ANGGOTA polis membawa tertuduh ke kamar mahkamah. FOTO Ramdzan Masiam
ANGGOTA polis membawa tertuduh ke kamar mahkamah. FOTO Ramdzan Masiam
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Dua lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menghalang tugas penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini.

Tertuduh, Bok Kwan Shen, 25, bersama rakannya Leong Wai Loon, 19, mengaku bersalah di hapadan Majistret Shaifah Izura Syed Mashor terhadap pertuduhan bersama iaitu cuba menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Leong turut dituduh secara berasingan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota penguatkuasa.

Sharifah Izura bagaimanapun menetapkan 26 November ini untuk menunggu laporan sosial, fakta dan hukuman terhadap tertuduh.

Kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hafiz Hashim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 2:19 PM