Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Gudang, bengkel cat kereta dan kedai perkakasan di Jalan Haji Hashim Imam, Jelutong, di sini terbakar, petang tadi.

Kebakaran berlaku kira-kira 2.30 petang tadi.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.49 petang dan tiba ke lokasi tujuh minit kemudian.

"Seramai 43 anggota termasuk pegawai kanan dan lapan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setakat ini kerja pemadaman api masih lagi dilakukan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 6:35 PM
Kebakaran sebuah gudang di Jalan Haji hashim, Jelutong, Pulau Pinang. STR/Shahnaz Fazlie Shahrizal