PERISA baru Maggi, Royale Johor Seafood Laksa dan Royale Sarawak Sambal Laksa.
PERISA baru Maggi, Royale Johor Seafood Laksa dan Royale Sarawak Sambal Laksa.

Kuala Lumpur: Nestlé Malaysia (Nestlé) pengeluar produk makanan segera Maggi memperkenalkan perisa baru, Royale Johor Seafood Laksa dan Royale Sarawak Sambal Laksa.

Pengenalan dua perisa baru yang mempunyai cita rasa dan popular dalam kalangan rakyat tempatan membolehkan pengguna mudah menikmati hidangan itu di rumah.

“Maggi Royale adalah resipi premium yang diperkenalkan oleh kami bagi memenuhi keinginan pelanggan di Malaysia untuk menikmati makanan mengikut cita rasa mereka.

“Kedua-dua perisa baru ini mempunyai bahan yang segar dan ia sebahagian daripada usaha untuk meyediakan hidangan terbaik kepada pelanggan,” katanya, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 5:57 AM